Monday, October 18, 2010

Senja di Skypark

Anak-anak memang suka kepada kapal terbang. Saya dan suami gemar juga membawa anak-anak melihat kapal terbang di KLIA mahupun di Skypark Subang. Baru-baru ini kami telah ke Skypark dan mengambil gambar waktu senja yang sangat mengasyikkan. Anak-anak sangat gembira kerana mereka bukan sahaja dapat melihat kapal terbang, malah helikopter juga!




Seusai mengambil gambar waktu senja, anak-anak mengikut suami ke surau bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Jalan-jalan juga,tp didikan kepada anak agar menjaga waktu solat mestilah dititikberatkan.

Keindahan Putrajaya



Jika anda tercari tempat untuk bersiar-siar, Putrajaya adalah antara tempat yang sangat sesuai. Tempat-tempat seperti Masjid Besi (Masjid Tuanku Zainal Abidin), Masjid Putrajaya dan Tasik Putrajaya adalah tempat yang wajib dilawati.




Wednesday, October 6, 2010

I-City Shah Alam

Tarikan baru di Shah Alam ialah I-City yang terletak di seksyen 7. Pendapat peribadi saya, ianya tempat yang agak menarik untuk anak-anak kerana lampu-lampu yang dibentuk menjadi pelbagai rupa seperti binatang, bunga dan tanglung. Datanglah dan bawa anak-anak anda ke sana.



Tuesday, October 5, 2010

Masjid Terapung

Salah satu keistimewaan Terengganu adalah masjid-masjidnya yang indah-indah. Berikut adalah gambar-gambar Masjid Terapung yang diambil oleh suami saya.



Wajah Anak-anak Yang Membahagiakan



Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Melihat akan senyuman mereka adalah kebahagiaan buat kita. Kesedihan mereka, kedukaan kita. Dengan anugerah yang membahagiakan ini, semoga kita semua dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka agar mereka dapat menjadi manusia yang berbakti kepada agama.

* Gambar diambil oleh Mohd Supian dan Ashikin Hashim di Shah Alam dan Banting

Masjid Kristal Yang Indah



Alangkah indah binaan masjid Kristal ini. Moga keindahannya diserikan lagi dengan pengimarahannya.

Monday, October 4, 2010

Khidmat Kami Untuk Anda!

Kami menyediakan khidmat fotografi untuk sebarang majlis seperti:

> majlis akad nikah dan perkahwinan

> majlis kesyukuran dan aqiqah

> majlis ualngtahun perkahwinan dan kelahiran

> gambar kenangan konvokesyen

> gambar kenangan peribadi

Keistimewaan kami, harga yang dikenakan adalah berpatutan dan graduan yang memerlukan khidmat kami akan dikenakan harga yang sangat istimewa.

Bagi majlis perkahwinan dan gambar solo pengantin perempuan, gambar akan diambil oleh saya sendiri kerana ada segelintir pengantin perempuan yang agak malu jika gambar diambil oleh jurugambar lelaki.

Hubungi kami di talian berikut:

Norashikin Hashim 0193354522
Mohd Supian Mat Nan 0193768222

ATAU

Anda boleh jumpa dan berbicara dengan saya di Facebook: www.facebook.com/ashikinhashim

Beca Tua Yang Ditinggalkan....

" Sedih aku tengok beca tua si Rahman tu." Razali menjeling sekilas. Dia tak mampu merenungnya lama. Memori pahit pasti akan menerjah kotak kenangan jika beca tua itu dipandang.

" Nak buat macamana, dah macam tu nasib si Rahman tu. Kita doakan sajalah yang terbaik untuknya. " Hassan menghirup kopi pahit yang masih panas berasap. Terkadang kopinya nampak berombak dek kerana ditiup lembut oleh Hassan.

" Apalah sebenarnya yang dicari oleh manusia di muka bumi Allah ini. Aku insaf dengan apa yang berlaku. " Razali bersuara lagi. Hassan hanya mampu diam. Wajah arwah Rahman menjengah. Kemudian wajah anak-anak Rahman dan akhir sekali wajah Zalehah, isteri Rahman.

" Astaghfirullah......" Mereka berishtighfar.

* Gambar beca ini diambil oleh suami saya di tepi jalan di Kuala Terengganu. Jika ia boleh berbicara, apakah kenangan yang terukir oleh beca tua ini?

Pemandangn Indah di Kg Semerah Batu Pahat dan Kanchong Darat Banting

Bersempena Aidilfitri  yang lepas, kami mengambil kesempatan pulang ke kampung dengan mengambil gambar-gambar indah dan memukau seperti pemandangan waktu pagi dan foto serangga. Foto yang paling saya suka adalah gambar serangga.Ianya diambil oleh suami saya.

Sunday, October 3, 2010

Dunia Baru Kami

Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana hanya dengan keizinanNya jualah dapat saya menyempurnakan niat dan impian untuk membangunkan blog fotografi ini. Sudah beberapa ketika juga saya dan suami memerah fikiran untuk memikirkan nama terindah yang hendak kami ukirkan di blog kami ini. Syukur, akhirnya atas persetujuan bersama nama 'kenangan photography' menjadi pilihan kami.

Bercerita tentang dunia baru kami ini, sebenarnya sudah lama saya berminat mengambil gambar-gambar yang cantik-cantik lebih-lebih lagi gambar anak-anak. Hanya dengan telefon bimbit Nokia N95 pelbagai gambar da gelagat anak saya rakamkan. Di dalam hati tersimpan niat untuk memiliki kamera dan mengabadikan gambar-gambar mereka.

Benarnya kata orang, kalau sudah namanya suami isteri, pasti naluri itu serasi dan sama. Suami juga mempunyai minat yang sama iaitu mengambil gambar lebih-lebih lagi gambar pemandangan. Dengan cita-cita dan niat yang sama, suami dan saya menyimpan hasrat untuk memiliki kamera DSLR.

Alhamdulillah, dengan rezeki lebih yang dikurniakan Allah swt, akhirnya kami dapat memiliki kamera Canon EOS 1000D. Dan bermula dari saat itu kami mula mengabadikan gambar-gambar indah dan menarik seperti gelagat anak-anak dan pemandangan.

InsyaAllah, dengan beberapa komen membina daripada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini, kami akan sentiasa memperbaiki mutu kerja tangan kami dan bersedia dipanggil untuk mengambil foto-foto kenangan anda untuk majlis pernikahan dan perkahwinan, kenduri kesyukuran dan aqiqah, kenangan konvokesyen, detik-detik ulangtahun perkahwinan dan hari lahir mahupun foto-foto peribadi.

Selamat melayari dan menghayati foto-foto indah kami!