Sunday, October 3, 2010

Dunia Baru Kami

Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana hanya dengan keizinanNya jualah dapat saya menyempurnakan niat dan impian untuk membangunkan blog fotografi ini. Sudah beberapa ketika juga saya dan suami memerah fikiran untuk memikirkan nama terindah yang hendak kami ukirkan di blog kami ini. Syukur, akhirnya atas persetujuan bersama nama 'kenangan photography' menjadi pilihan kami.

Bercerita tentang dunia baru kami ini, sebenarnya sudah lama saya berminat mengambil gambar-gambar yang cantik-cantik lebih-lebih lagi gambar anak-anak. Hanya dengan telefon bimbit Nokia N95 pelbagai gambar da gelagat anak saya rakamkan. Di dalam hati tersimpan niat untuk memiliki kamera dan mengabadikan gambar-gambar mereka.

Benarnya kata orang, kalau sudah namanya suami isteri, pasti naluri itu serasi dan sama. Suami juga mempunyai minat yang sama iaitu mengambil gambar lebih-lebih lagi gambar pemandangan. Dengan cita-cita dan niat yang sama, suami dan saya menyimpan hasrat untuk memiliki kamera DSLR.

Alhamdulillah, dengan rezeki lebih yang dikurniakan Allah swt, akhirnya kami dapat memiliki kamera Canon EOS 1000D. Dan bermula dari saat itu kami mula mengabadikan gambar-gambar indah dan menarik seperti gelagat anak-anak dan pemandangan.

InsyaAllah, dengan beberapa komen membina daripada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini, kami akan sentiasa memperbaiki mutu kerja tangan kami dan bersedia dipanggil untuk mengambil foto-foto kenangan anda untuk majlis pernikahan dan perkahwinan, kenduri kesyukuran dan aqiqah, kenangan konvokesyen, detik-detik ulangtahun perkahwinan dan hari lahir mahupun foto-foto peribadi.

Selamat melayari dan menghayati foto-foto indah kami!

No comments:

Post a Comment